Cutey Cutey Alert! :D

Cutey Cutey Alert! :D

Friday, 22 March 2013

Kehadiranmu sepi

Dunia,
Mengapa engkau menjauhiku?
Adakah engkau merajuk kerana aku sering ke alam fantasiku berbanding alam nyatamu?
Aku akui,
Diriku kini sudah jauh berubah,
Tetapi itu bukan salah ku,
Engkau yang berubah dahulu.
Engkau tinggalkan ku terkapai seorang diri dalam lautan jiwa penuh gelora.
Mengapa engkau diam saja?
Padahal engkau tahu,
suatu hari nanti diri ini akan temui titian sengsara itu.

Engkau penipu!
Selama ini dalam kesetiaanmu tidak pernah engkau beritahu ku.
Kejamnya engkau,
sanggup kau biarkan aku lalui kepedihan ini tanpamu.

Aku terkilan,
Namun,
tidak akan ku diamkan.
Tidak lagi!
Aku akan bangkit,
Kau lihat saja.
Diriku yang kecil ini tidak akan ku biarkan kau tipu lagi.

Aku akan bangkit,
Kebahagiaan itu milik aku!
Dapat ku rasa kewujudannya sedang memanggilku.
Walaupun beribu batu harus ku langkah,
Aku sanggup,
Kerana aku yakin...

No comments:

Post a Comment