Ya Allah,
Ampunkan Amy kerana membenci perasaan suci ini yang telah Engkau anugerahkan kepadaku.
Ampunkan Amy kerana terpaksa mengkufuri nikmat yang pasti Engkau bekalkan kepada setiap hambaMu.
Ampunkan Amy kerana telah berlaku zalim terhadap diriku yang sememangnya milikMu.
Ampunkan Amy kerana pertama kali enggan menerima rezeki yang telah Engkau sediakan untukku.
Ya Allah,
Aku hanya ingin melihatnya bahagia.
Bahagia keranaMu, sedih keranaMu.
Aku ingin dia melihat duniaMu dari mata hati seorang hamba yang lemah dan hina.
Aku tidak rela membiarkan dia pergi tanpa arah tujuan menuju ke jalanMu.
Kerana itu, aku tetap mengharap, menunggu dan terus berdoa.
Tetapi, sehingga saat ini aku tetap keliru,
mengapa dia ya Allah?
mengapa dia yang Engkau pilih?
mengapa cintaku yang Engkau pilih untuknya?
Aku tidak rela.
Ampunkan daku, sungguh aku tidak rela,
Kerana dia sudah berpunya.
Ya Allah,
aku hambaMu yang sangat lemah.
Dugaan yang Engkau berikan kepadaku kini semakin melemahkan diriku.
Lepaskanlah aku ya Allah.
sungguh aku tidak mampu...
Izinkanlah aku bahagia
No comments:
Post a Comment